Thursday, November 17, 2011

Target 2012

1) BLACKBERRY...hope next year dapat beli...

SHARING IS CARING

ADAB-ADAB BERTUNANG DALAM ISLAM

Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab - adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan)
Adapun adab-adab semasa bertunangan bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian :
1.Adab dalam bergaul
maksud pergaulan disini ialah pertemuan ,perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing .
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan ).seboleh -bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.
3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.
#kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .

2. Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara- perkara yang tidak didugai dan ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata ereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Dsini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:
1 . Dalam tempoh pertungan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasanga itu sendiri.
2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya
3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.
4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.
5 . Dan banyak lagi yang mungki saudari boleh fikirkan sendiri.

share music video....

Dulu-dulu



malam ni just nk citer sikit pasal novel feveret dulu2.....OMBAK RINDU...ingt lg masa ak form 4 kalau x silap lah....time tu pas hbis exam akhir tahun...time2 tu lah amik peluang bawak novel pi sekolah n apalagi baca lah novel senyap2 dlm beg sekolah....novel ni dlu ak pnjam dr sorg mmber..mklumlah nk beli xmmpu time tu kan....mmg best lah citer ni...actually aku pn xsabar2 nk tnggu filem ni soon....hope filem ni hebat setanding dengan novel lah kan....




SINOPSIS OMBAK RINDU

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

tp sorry to say lah...ak pun xberapa nak ingt sangat jalan cerita ni...heheehhee..mklumlah 8 years ago....dlu baca masa zaman muda2...la ni dh tua skit....hhehehehehee

Tuesday, October 25, 2011

BAB JODOH

dok cari2 artikel yg best2..tup2 terjumpa plak artikel ni..tetiba tringat kt abg ak yg x kawin2 lg @ xdak calon2nya....hehehhehehe...so...jom kita layan jap artikel ni..


1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ianya berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengantawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
Untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf,bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang,ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bBertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, Kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,Wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima
cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati.Justeru, perhebatkan hubungan Mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini Secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati sebab lewat menyatakan
Hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan Walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra Dan bersemangat menggunakan lidah,Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan Terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan Kepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibukmemberi tumpuan kepada diri Sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan Rasa selesa.
18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada Bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada Kita.
19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandai mendampingi orang lain Dan Seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang Menyebabkan orang benci kepada Kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih Ada perasaan Benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau Tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan Dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan redha dengan setiap pemberian Lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi Perhatian, penghargaan Dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki Janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan Dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan Dan kesilapan kecil yang Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekalimengutuk atau memalukan bakal Pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan bahasa badan yang penuh Kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang Ada persamaan Dan Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat. Terlalu banyak persamaan Membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang Ada sikap Dan Sifat yang saling mengimbangi Dan melengkapkan sikap Dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang Anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual Dan bercakap. Lelaki Bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai Persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama Lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti sukaKepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan ? tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yangsuci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman ? bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa Untuk dia
merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas Dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik,terperinci Dan Banyak yang tersirat.



p/s: setiap orang ada jodoh..sama2 lah berdoa agar kita ditemukan dgnjodoh yg baik..aamin....

KENANGAN SEKOLAH


ni aja pic kenangan masa sekolah yang ada.....yang lain xtau pi mana...ni pun hasil ehsan dari member dlm facebook....pic ini kalau xsilap masa aku Form 4 tahun 2003...
lbh kurang time ni pic diambil utk msuk dlm majalh sekolah....

Monday, October 24, 2011

DUNIAKU KINI....



ni pic beramai-ramai time exGB Pn.Noraini pencen...dinner di KOMALAUT, Kuala Perlis....




....ni lah wajah Guru Besar SK Panggau yang terbaru...Pn.Che Norma Bt Ahmad...best!!!




pic ni diambil bersama dgn exGuru Besar yang skrg ni telah berpindah ke Sek Keb Santan iaitu Pn.Azizah bt Yusop....


pic diambil bersama dgn exgb Noraini Binti Ishak dan PK Kokurikulum Cikgu Alias Bin Man yang telah ditukarkan ke Sek.Keb.Sungai Baru.....tq byk2 sbb sudi turunkan ilmu pd anak muridmu ini....



p/s:kredit to cikgu ruslin utk video n semua pic di atas

BTN DI LANGKAWI



pic ini diambil masa Feb 2010...masa aku kena pi Kursus BTN kt Langkawi...ni lah roommate aku...imah, wiwi, kak ina dan kak ilah....u all best giler....mmg happening kt sana sbb kami semua sekepala..miss u all very much2.....



p/s:misteri itu ada di mana-mana.....